Friday, October 10, 2008

3.0 Perbezaan Sejarah Linear dan Sejarah Cyclical

4.1 Sejarah Linear

Merupakan satu konsep jatuh dan terus jatuh tanpa mampu bangun semula. Dan yang sedia kala bangun akan sentiasa bangun tanpa jatuh.Ianya dapat dilihat dari aspek penjajahan serta perluasan kuasa oleh sesetengah negara, sebagai contoh, Amerika syarikat yang sedia ada maju dan kuat menyerang Afghanistan sebuah negara yang lemah dan mundur.

Dari aspek yang berbeza golongan hamba dengan golongan bangsawan pada zaman kejahilan manusia pula, diamana seorang hamba akan sentiasa kekal dengan status hamba sehingga ke akhir hayat, ini menunjukkan bahawa kuasa besar akan sentiasa besar dan berkuasa manakala yang lemah dan tidak berkuasa akan sentiasa ditindas selamanya.

4.2 Sejarah Cyclical

Cyclical merupakan satu konsep yang diamalkan dalam aspek kerohanian, dimana ianya ada diterapkan dalam unsur keagamaan seperti islam, dan juga tamadun china “ying yang”Ianya adalah satu konsep jatuh dan bangun semula, & sedia ada bangun kemudiannya jatuh.



Konsep ini adalah satu kitaran hidup atau alam, dimana setiap yang ada mempunyai pasangan untuk saling melengkapi dan bergantung antara satu sama lain. Sebagai contoh, lelaki berpasangan dengan perempuan, malam berpasangan dengan siang, matahari berpasangan dengan bulan.