Wednesday, September 10, 2008

4.0 Arkitektur

Arkitektur


Arkitektur sebagai Alat Ideologi Apakah ideology?

Berdasarkan pemahaman saya, idealogy adalah satu fahaman yang disebarkan untuk tujuan dan kepenting tertentu.

Bagaimanakah arkitetur boleh digunakan sbagai alat fahaman?
Adakah arkitektur boleh dianggap sebagai etimologi?

Berdasarkan kefahaman saya, ideologi dalam arkitektur ni ialah fahaman yang ada dalam suatu senibina suatu bangunan. Misalnya manusia pada zaman dahulu, seperti Yunani, Mesir,mereka percaya pada mitos.

Selain itu contoh paling dekat ialah rumah melayu, di Malaysia sahaja kita dapat melihat pelbagai jenis rumah melayu tetapi mereka menggunakan konsep yang sama sehingga mempengaruhi seni bina barat yang dibawa ke Tanah Melayu.

Manankala contoh lain pula ialah arkitektur cina. Kewujudan arkitektur sedemikian mewujudkan ideology tersendiri dari segi penggunaan struktur, warna, corak kemasan dan sebagainya.



Arkitektur sebagai Alat Kepecayaan

Adakah manusia membina bangunan itu untuk disembah?

Bagi saya arkitektur boleh dianggap sebagai satu etimologi kerana ia mampu menyampaikan sesustu kepada manusia yang melihatnya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam seni bina Yunani,Rom, Kristian dan Byzantine, Gothic dan lain-lain lagi. .
Misalnya manusia pada zaman dahulu, seperti Yunani, Mesir..mereka percaya pada mitos. Mereka rekabentuk manusia menjadi patung-patung dewa-dewi, dan percaya kepada Tuhan-tuhan mereka yang kononnya mempunyai kuasa ,kekuatan dan kualiti yang sempurna
Mereka rekabentuk manusia menjadi patung-patung dewa-dewi, dan percaya kepada Tuhan-tuhan mereka yang kononnya mempunyai kuasa ,kekuatan dan kualiti yang sempurna berbanding dengan manusia biasa padahal itu hanyalah sebuah patung. Dari situ, kerana percayakan kuasa Tuhan-tuhan mereka, terbinalah bangunan seperti kuil contohnya. Dalam kuil itu, kita boleh lihat, terdapat banyak patung-patung manusia yang menjadi lambang kekuasaan tuhan-tuhan mereka.
Selain itu,seni bina islam pengunaan gerbang dan “dome” amat sinonim selain daripada susunan – susunan ruangnya. Penggunaan ini dapat menggambarkan penempatan dan jenis agam yang dianuti oleh bangsa di kawasan itu. Seni bina in dapat dilihat di mana-mana sahaja yang membuktikan Islam wujud di mana-mana saja di dunia ini.


Arkitektur sebagai Alat Keselamatan

Bangunan sebagai alat pertahanan, maksudnya membina suatu pertahanan untuk menahan daripada serangan malapetaka / bencana seperti serangan dari pihak musuh.

Adakah rumah bukan satu tempat pertahanan dan keselamatan?
Macam mana pula dengan manusia yang tinggal dalam gua?
Adakah bangunan sekarang selamat?
Perlukah manusia bina bangunan tertinggi di dunia? Adakah ia selamat untuk didiami?

Pada asasnya benda-benda semulajadi seprti pokok, gua, dan batu merupakan tempat untuk berlindung dan mendapatkan keselamatan.

Pada zaman dahulu, masa manusia suka berperang, mereka masing-masing membina kubu pertahanan bagi mengelak dan jaga-jaga dari serangan musuh. Kebanyakkan Bandar zaman dahulu merupanakan Bandar pertahan dalam masa yang sama merupakan Bandar pentadbiran, ekonomi, keagamaan.

Selain itu, Tembok Besar China merupakan struktur yang paling panjang di dunia yang dibina merentasi gunung-ganang dan lembah sejauh hampir 3500 km batunya. Tembok ini merupakan binaan manusia yang boleh dilihat dari bulan. Semasa zaman pemerintahan Maharaja Shi Huang Ti lebih 2200 tahun dahulu, tembok ini mula dibina. Tujuannya untuk menahan serangan daripada suku bangsa gasar yang cuba melanggar China dari utara. Jadi mereka bina tembok ini dengan menggunakan tanah dan batu, setinggi 8meter dan sepanjang jalan selebar 4meter.

No comments: