Apakah erti kuasa sebagai pendorong penghasilan naratif sejarah?
Berdasakan Kamus dewan kuasa didefinisikan sebagai mempunyai hak, wibawa, berhak atas sesuatu atau untuk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yang ~ supaya keluar dari situ ataupun mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan.
Kuasa?
Siapa yang berkuasa?
Kenapa mesti kuasa mendorong punulisan?
Kalau tidak menulis,adakah penulis akan dihukum?
Pada awal tamadun manusia mula mencatat. Contohnya pada zaman pemerintahan Raja Hammurabbi, kod Hammurrabbi dicatat untuk tujuan rujukkan dan makluman kepada rakyatnya mengenai undang-undang di negaranya. Kenapa Hammurabbi boleh menulis undang-undang pada masa itu? hal ini kerana raja Hammurabbi mempunyai kuasa untuk memamipulasikan semua pihak dan rakyatnya dengan kuasa yang ada padanya.
Kenapa wujudnya Perlembagaan?
Siapa yang memebuat Perlembagaan?
Adakah proses mendraf perlembagaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman atuapun Pihak British?
Apakah yang dimaksudkan dengan negara Demokratik? Kuasa di tangan rakyat?
Sebagai seorang rakyat adakah anda rasa diri anda ber"kuasa"?
Malaysia contohnya sebuah negara demokratik. Raja berpelembagaan bukan perlembagaan beraja.
Apa kaitan isu ini dengan seni bina?
Adakah kuasa akan memepengaruhi sesuatu seni bina?
Macam mana kuasa boleh mempengaruhi penghasilan naratif sejarah?
Kuasa memainkan peranan penting untuk menjadi pendorong penghasilan sejarah. Kewujudan pihak berkuasa dan pemimpin biasanya akan mencuba sedaya upaya mereka untuk mencatat segala aktiviti yang mereka lakuakan untuk tujuan rujukan dan mempelajari sesuatu dari masa lampau. Dalam masa yang sama juga mereka menggunakan kuasa yang ade untuk mengagung-agungkan diri mereka sendiri.

No comments:
Post a Comment